SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SRITI Al Akhlak Al Islamiah

SAIF JUARA KESELURUHAN SUKAN MERSIK

26 OKTOBER 2023, SABTU; Alhamdulillah, Syabas dan Tahniah kepada Atlet Al Akhlak Al Islamiah(SAIF) yang telah mengharumkan nama Sekolah dalam Sukan MERSIK Peringkat Negeri Kedah buat kali pertama yang berlangsung di Stadium Darul Aman. tahniah dan syabas juga diucapakan kepada jurulatih yang terdiri daripada Ustaz dan Ustazah Sekolah iaitu Ustaz Firdau, Ustazah Hana dan Ustazah Jannah, serta guru-guru yang terlibat secara langsung mahupun tdak langsung. tahniah juga diucapkan kepada Ahmad Izwan Zikri yang berjaya memperoleh 3 pingat Emas dan turut memecah rekod kejohanan bagi tiga acara yang disertai serta dinobatkan sebagai Olahragawan. 


Kejayaan yang membanggakan warga SAIF. 

LAGI

FANNUL ATFAL PERINGKAT NEGERI KEDAH

26 Oktober 2023 | Khamis; Alhamdulillah, TAHNIAH dan syabas kepada peserta Ahamd Thaqif Fakhri, tahun 5 yang menyertai acara Bacaan dalam solat tahap 2 kerana berjaya memperoleh Johan dalam pertandingan Fannul Atfal Peringkat Negeri Kedah yang berlangsung di Sekolah Agama Daris, Sungai Petani. Tahniah juga diucapkan kepada guru bimbingan Ustazah Hamidah atas latihan yang dijalankan. Tahniah juga diucapkan kepada semua peserta dan guru bimbingan yang berjaya menyertai Fannul Atfal. 

 

LAGI

FESTIVAL NASYID SEKOLAH RENDAH PERINGKAT DAERAH YAN

7 OKTOBER | 21 RABIUL AWWAL 1445H, Telah diadakan festival nasyid peringakat Daerah Yan bagi sekolah rendah dan sekolah rendah. Alhamduliilah dengan izin Allah, Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam Al Akhlak Al Islamiah telah menyertai nasyid dan kumpulan Nasyid SAIF berjaya memperoleh Johan bagi sekolah rendah. Tahniah diucapkan. Semoga ini menjadi penyuntik semangat anak-anak SAIF untuk terus bersaing dengan sihat. Sesungguhnya Allah tidak akan pernah mengecewakan hamba - hambaNya yang banyak berdo'a dengan penuh harap. Namun, semangat dalam berdo'a perlu dilengkapi dengan semangat juang yang maksimal. 

 

MEMBINA GENERASI RABBANI MURRABI

LAGI

MAJLIS TEMU MESRA WARIS 2023

MAJLIS TEMU MESRA WARIS 2023 SRITI AL AKHALK AL ISLAMIAH
 
27 September 2023| Rabu: Warga SRITI Al Akhlak Al Islamiah telah mengadakan Majlis Temu Waris 2023 bagi semua tahun dan tandatangan Rekod Prestasi dan Rekod Pentaksiran Bilik Darjah. Di samping itu, perjumpaan Ustazah Haryati, Guru Besar SRITI Al Akhlak Al Islamiah bersama waris Tahun 5 dan tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPKK dan SPI tidak lama lagi. Tahniah dan terima kasih atas keperihatinan ibu bapa diatas pencapaian anak-anak.
 
MEMBINA GENERASI RABBANI MURRABI
LAGI

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2023/1445H SRITI AL AKHLAK AL ISLAMIAH

 
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SRITI AL AKHLAK AL ISLAMIAH 
 
1 Oktober 2023 l 15 Rabiul Awwal 1445H l Ahad: Salam Maulidur Rasul 2023/1445H.
Bulan Rabiul Awwal adalah bulan yang bermakna buat umat Islam sempena kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. iaitu 12 Rabiul Awwal 
“Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku di hari kiamat nanti adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku”
Syukur Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk menjayakan Perarakan Maulidur Rasul peringkat SRITI Akhlak Al Islamiah. Sambutan yg cukup meriah sepanjang perarakan ini diadakan. Terima kasih diucapkan kepada waris yang turut menghadiri dan memeriahkan lagi perarakan ini. Terima kasih juga diucapkan kepada Pihak Polis dan Rela yang sudi mengawasi perjalanan sepanjang perarakan ini. Hanya Allah yang mampu membalasnya. Terima kasih juga diucapkan kepada Ustaz Farhan Afnan dari Surau Perwaja yang sudi memberi ceramah sirah Nabi Junjungan kita. Seterusnya terima kasih kepada Ustaz Syukri bin Yasin kerana sudi berkongsi ilmu taranum bersama-sama anak SAIF. 
 
‎۞ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞
 
MEMBINA GENERASI RABBANI MURRAB
LAGI

SAMBUTAN HARI MALAYSIA DAN PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN KE-66 SRITI AL AKHLAK AL ISLAMIAH

14 SEPTEMBER 2023 | KHAMIS - Sambutan Hari Malaysia dan Penutupan Bulan Kemerdekaan SRITI Al Akhlak Al Islamiah telah dijalankan dengan jayanya di Dewan SRITI Al Akhlak Al Islamiah. Aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut adalah Pertandingan membuat tanjak bagi murid tahap 1 dan Kuiz Merdeka bagi murid tahap 2 sementara Pakaian Baju Beragam Merdeka bagi semua tahap. Majlis ini dirasmikan oleh Ustaz Shukri bin Md Sawai, Pengarah Jabatan Pendidikan Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (JPDPPNK).

LAGI

KURSUS PENGUASAAN ILMU TAJWID SRITI

23 SEPTEMBER 2323 | SABTU 

DEWAN SRITI AL AKHLAK AL ISLAMIAH, seramai 40 orang guru dan kakitangan SRITI Al Akhlak Al Islamiah telah menghadiri kursus penguasaan ilmu tajwid yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Nasir bin Che Tam di bawah anjuran Jabatan Pendidikan Dewan PAS Negeri Kedah. Kursus ni turut dihadiri oleh guru dari SRITIDU, SMITI At Taqwa, SMITI Darul Izzah, dan Tahfiz Al Fityan. Kursus ini bertujuna untuk meningkatkan dan memperkukuhkan penguasaan ilmu tajwid dalam kalangan guru-guru.

LAGI

Image News
Image News
Image News

Image Banner

Lokasi


Pertanyaan